Friday, September 30, 2016

Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan penyediaan bahan

Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

Kemahiran Mentafsir Data

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mari kita teruskan lagi pelajaran hari ini dengan teknik menjawab soalan mentafsir data.Kemahiran mentafsir data ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data


Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir data:



Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun

Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi

Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27

Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.

Menganalisis Maklumat yang Dikumpul

DEFINISI
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih

Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

Menganalisis Idea
Menganalisis Hujah

(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
Mengelas
Membanding dan membeza
Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Mencari sebab dan kesimpulan
Mengusul periksa andaian
Membuat urutan
Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan

Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir.


No comments:

Post a Comment